🔥 Selamat datang di Payeer Casino — Jelajahi tren terbaru tentang bet-marettoto!
The Hotel merupakan sebuah drama bersiri Malaysia 2021 (bukan adaptasi novel) dimuatkan dalam slot Megadrama bagi menggantikan siri Hawa yang menutup tirainya semalam. Episod 1 naskhah yang ditunjangi pelakon Mira Filzah, MK K-Clique dan Sean Lee ini ditayangkan di kaca televisyen pada 15 September 2021, menerusi platform Astro Ria.
Sinopsis
Raisa (Mira Filzah) merupakan anak gadis kepada Maya (Yasmin Hani). Ibunya mempunyai salah sebuah empayar perniagaan paling gah di Malaysia. Walaupun diselubungi kemewahan, Raisa mempunyai sifat psikopat yang mana sukar baginya untuk menafsirkan emosinya sendiri. Segala tindak-tanduknya bersandarkan kepada kehendak semata-mata sehinggakan dia mampu untuk menamatkan riwayat hidup orang lain! Kehadiran Sean (MK K-Clique) sebagai penghuni baru di hotel mewah di kediaman Raisa membawa kepada perkenalan antara mereka. Sean yang sebaya dengan Raisa, memperkenalkan dirinya sebagai seorang pakar bedah, meskipun kurang diyakini Raisa kerana cerita Sean sering sahaja berubah-ubah. Sean, si pembohong patologi ini akhirnya menaruh hati pada Raisa, namun harus memikirkan sama ada mahu kekal setia dengan Raisa atau menyerahkannya sebelum dia menamatkan lebih banyak kehidupan orang yang tidak bersalah. Apakah kesudahan kisah cinta antara mereka? Adakah mereka mampu mempertahankan pertalian perasaan yang disimpan selama ini?
Pelakon / Cast
Watak-watak utama digerakkan oleh pelakon popular Mira Filzah, MK K-Clique, Sean Lee dan Natasha Elyzza. Juga menampilkan Daler Yusuf, Nabil Aqil, Datin Paduka Eina Azman, Alif Hadi, Farah Ahmad, Yasmin Hani, Asha Merican, Amir Nafis, Azhar Amir dan Ku Faridah.
Watak Pelakon
- MK K-Clique sebagai Sean
- Mira Filzah sebagai Raisa
- Sean Lee sebagai Umar
- Natasha Elyzza sebagai Umaira
- Datin Paduka Eina Azman sebagai Julia
- Nabil Aqil sebagai Arman
- Daler Yusuf sebagai Razul Ilyas
- Asha Merican sebagai Marsha
- Alif Hadi sebagai Tengku Arif
- Yasmin Hani sebagai Maya
- Farah Ahmad sebagai Sharifah Hanisa
- Amir Nafis sebagai Tengku Adam
- Azhar Amir sebagai Syed Jamaluddin
- Ku Faridah sebagai Miss Ros
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Idea asal siri produksi Juida Viden Sdn Bhd ini diilhamkan oleh sutradara Michael Ang selain turut menampilkan Helmi Yusof yang berperanan sebagai pengarah. Penulisan skrip oleh panel yang terdiri daripada Nadia Khan, Rahim Ramli, Qawiem Hamizan dan Michelle Yoon.
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Sebelum Penyanyi: K-Clique
Waktu Siaran
24 siri episod The Hotel terkandung dalam slot Megadrama untuk tayangan secara eksklusif di saluran Astro Ria pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam mulai 15 September 2021. Alternatif lain, anda boleh tonton kesemua episod penuh secara strim di aplikasi Astro Go dan platform On Demand.
Kasino
Olahraga
bet-naruto